Polri Apps
banner 728x90

JGTA boyong 600 ribu peserta di turnamen internasional Johor Malaysia 2020

berita terkini batam
(Foto: Owntalk)

Malaysia. Owntalk.co.id – Persatuan Johor Golf Tourism Johor Association (JGTA) akan menggelar turnamen Golf yang dilaksanakan pada  tahun 2020 mendatang di Johor Malaysia.

Turnamen ini sekaligus untuk memprosikan pariwisata yang ada di Johor Malaysia, dengan mendatangkan pemain sebanyak 600 ribu peserta dari berbagai negara.

Presidennya, Kolonel (B) Mohd Jamal Salleh, mengatakan, Johor Darul Ta’zim telah dijuluki sebagai

“Gerbang Selatan ke Malaysia” yang dekat dengan Singapura, Batam dan Bintan di Indonesia, Thailand, Kamboja,

Vietnam, Korea Selatan dan banyak negara lain di wilayah terdekat. Keuntungan dari apa yang kami miliki adalah aksesibilitas yang mudah dan lokasi strategis Johor yang menjadikan negara ini tujuan golf populer di wilayah ini,”ujarnya.

“Dengan kewujudan 27 padang golf yang kebanyakannya mempunyai standard yang tinggi, Johor menjadi destinasi pilihan bagi ramai pemain golf pelbagai peringkat, justeru tidak menghairankan purata kehadiran mereka ke negeri ini setiap tahun mencecah 600,000 orang.

“Dengan kerancakan promosi Tahun Melawat Johor 2020 serentak dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 selain pelbagai program yang JGTA anjurkan, kita optimis angka itu akan meningkat kepada 600,000 orang tahun hadapan,” katanya pada sidang media khas sempena Kejohanan Tunku Panglima Johor Challenge Trophy di Fraser Place Puteri Harbour di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid.

Sementara itu, Mohd Jamal berkata, antara kejohanan selaras dengan Tahun Melawat Johor 2020 adalah acara tahunan yang ikonik iaitu Tunku Panglima Johor Challenge Trophy sendiri serta Laksamana Trophy Charity Golf yang mempunyai reputasi besar di kalangan peminat golf malah mempunyai pengikut tersendiri di dalam dan luar negara.

Selain itu, JGTA juga akan menganjurkan Kejohanan Golf Pelancongan ASEAN 2020 (ATGT 2020) pada 16 dan 17 Februari tahun hadapan di negeri ini.

Katanya, ATGT 2020 adalah untuk memeriahkan industri golf di rantau ASEAN dan menggalakkan pelancongan di kalangan pemain golf serta keluarga mereka ke seluruh negara ASEAN.

Mengulas lanjut, Mohd Jamal berkata, Johor juga semakin popular di kalangan pemain dari Korea Selatan dan Jepun terutama pada musim sejuk disebabkan negara ini mempunyai cuaca baik sepanjang tahun yang amat sesuai dengan sukan golf.

Katanya, lokasi Johor  yang digelar ‘Pintu Masuk Selatan Malaysia’ terletak berhampiran Singapura, selain Batam dan Bintan di Indonesia yang menjadi tumpuan pemain golf serata dunia, turut memberi kelebihan kepada negeri ini.

“Pemain yang datang ke Batam dan Bintan akan singgah pula di Johor selepas itu,” katanya.

Beliau berkata, JGTA dalam usaha untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi golf utama rantau ini dan bekerjasama dengan semua pemilik padang golf untuk menawarkan pengalaman percutian yang sempurna kepada pemain golf dan keluarga mereka.

“Johor bangga mempunyai bilangan padang golf paling banyak di negara ini dalam pelbagai kelas termasuk kategori mewah dan eksklusif bagi semua pemain golf semua peringkat. Keadaan ini membolehkan Johor menempatkan diri sebagai destinasi golf utama di rantau ini,” katanya. (Rina)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *